January 13, 2017

Taman Buaya Teluk Sengat, Johor / The largest Crocodile Farm in West Malaysia

Sempena tahun baru, sambut di kampung husband di Kota Tinggi, Johor. Berpeluang merasa suasana kampung after a long time. Alhamdulillah. Disana ada Taman Buaya terbesar di Semenanjung Malaysia. Mengikut signboard di gambar di bawah, terdapat lebih 1,000 ekor buaya! BANYAK KAN?

Dulu masa banjir disana ada sebahagian buaya yang terlepas. Di sini terdapat buaya berumur 150 tahun dan ada yang tak ada gigi. Buaya BKU (Buaya kurang upaya) pun ada yang jenis mulut sumbing mahupun tiada ekor. Buaya sebegini biasanya diasingkan daripada buaya biasa sebab takut dibuli atau bergaduh sesama sendiri.

Senang cerita disana boleh tengok tempat buaya membiak, cara buaya capai dan makan dan dapat tengok telur buaya. hehe. Pengalaman. Sebab biasa pergi zoo dapat tengok buaya nganga mulut je statik. ni peluang dapat tengok live buaya makan ayam dan daging. berebutnya sampai buat risau kalau ada budak yang terjatuh dalam kandang tu. Nauzubillah. Takut tengok. hehe






Di pintu/gerbang masuk akan nampak signboard besar ni. Taman Buaya ini terletak di Teluk Sengat. Ladang/Taman buaya ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk RM 8 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak(harga tertakluk kepada perubahan).


Untuk maklumat lanjut (KLIK SINI)
Alamat:
Lots 1289 & 1290,  Jalan Sembilan,  Kampung Belading, Teluk Sengat,  81940 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Telefon: +607-895 5220
Faks: +607-895 5137


Pintu masuk Taman Buaya.

Untuk memudahkan perjalanan, boleh waze Taman Buaya Teluk Sengat atau klik sini untuk menggunakan Google maps. hehe









Bersama dengan anak perempuan pemilik Taman Buaya. She's really friendly sebab bagi tangkap gambar bersama anak buaya secara percuma! hehe😊😊😊
Siap request nak jadi photographer kita.







Di pintu masuk ke Taman Buaya akan dapat ada bunting untuk tengok FireFly dan juga kedai makan seafood. Tak lama lagi akan ada restoran untuk pengunjung beristirehat dan minum minum.







Tengkorak buaya. BUKAN REPLIKA. 
Saya ingatkan replika. Perasan tak gigi buaya dah tak ada?
Orang tua tua kata gigi buaya ni bagus digunakan kalau ada sakit gigi atau bengkak gusi.
Gosok gigi buaya pada tempat yang sakit, katanya akan menyembuhkan.

Tak tahulah betul ke tidak. haha. Wallahhualam..














Benteng atau dinding pemisah dengan buaya ni memang takat paras dada je. Jangan memandai juntai tangan atau hulur tangan ke dalam kandang. Sebab buaya mampu libas ekor dia and lompat untuk ngap mangsanya okay ✌πŸ‘€



video
Video buaya makan ayam. Tak adalah ayam hidup.
Ayam yang biasa kita beli dekat pasar tu. hehe





Maafkan all the peluh. Memang jenis berpeluh dekat muka plus sunny day. hehe
Gambar bersama adiq ipaqqq





Pakcik ni memang penjaga setia taman buaya ni. Katanya dah bekerja di sini 30 tahun dah sejak umur dia 20-an. Makanya semua buaya dah kenal dia. haha. Bila panggil buaya macam panggil kucing.





Buaya mok mok.










Sebab tu orang tak bagi pengunjung hulur tangan. tengok buaya ni capai makanan macam tu je k. bayangkan kalau tangan manusia. wuhh fuhh



Berebut daging.




Salah seekor BKU. cacat ekor.





BKU mulut.









Bersama baby buaya umur 3 tahun. Besar ni macam besar biawak. Bayangkan yang dah umur 150 tahun tu. berlumut k.







Free to take picture with for the day. If tak kena bayar RM2 untuk bergambar.










Jangan buat pergerakan drastik atau cuba bernafas depan mulut dia.
Nanti buaya ni rasa terancam. haha








One picture with husband. awwww









Boleh letak atas kepala tapi doalah tak kena kencing. hehe










Bersama Mak Itam dan Amni.





okay last bergambar bersama buaya.

Jangan terkejut, di sini pun ada buaya obes, Nak makan pun gerak lambat sebab berat badan. 
Tapi kata owner, buaya mampu gerak lebih pantas kalau dalam air.









video
Video berdurasi 10 saat semasa memegang anak buaya.



Okay thats all. 

Sesiapa singgah Kota Tinggi, Johor boleh lah menuju ke Teluk Sengat kejap untuk melawat Taman Buaya. A fun experience to share with.

0 comments :