August 07, 2017

Nadaus 1st baby journey | Buku Pink | Detailed Scan



10 March 2017 (Jumaat).

Baru terajin update blog pregnancy journey di blog ni. hehe. 10 March hari yang saya dapat tahu saya pregnant! Tergerak di hati cuba pregnancy test sebab dah 5/6 days lewat period. Confident level tinggi ni dengan harapan positive pregnant. Sebab sebelum ni pernah dikecewakan banyak kali sebab result negative. Masa cuba pregnancy test kit ni selewat banyak kali harap ada berita gembira.

ALHAMDULILLAH.


Menangis masa dapat tahu positive mengandung. 😜


Kesilapan pertama masa ni ter-update status dengan ayat alhamdulillah syukur. Terus most of my friends including my husband dah dapat detect apa berita gembira yang saya syukur sangat tu. HAHA. salah sendiri. patut keep it to myself sampai husband balik. Konon nak sangat suprisekan dia saya siap letak pregnancy test kit dalam kotak cantik cantik. Tapi of courselah dah bersihkan dulu pregnancy test tu k. 😉😉




Forgive for my poor handwriting.


Buruk juga rupanya lukisan saya sebab dah lama tak conteng conteng. Puting baby jadi macam bibir seorang perempuan pula. hehe. Penat ni shred shred keras tu pieces konon nak suprise husband masa dia balik kerja nanti.













Jeng jeng jeng.

Masa ni gigih pergi Giant sorang sorang taw nak beli pregnancy kit. Masa tu tak pasti 99 Speedmart ada jual ke pregnancy kit.


Masa husband balik kerja, puas lah cover keterujaan tu. tersenyum senyum. Tapi sebenarnya husband dah tahu dah suprisenya. kecewa! 😭 Husband kata dapat detect berdasarkan status di Facebook dengan saya yang tiba tiba nak keluar Giant sorang sorang. 






 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

11 March 2017 (Sabtu)

Keesokan harinya, saya ada appointment untuk program Jom Mama. untuk yang bertanya Program Jom Mama ni, program ni diperkenalkan untuk pasangan yang baru nak berkahwin yang membuat HIV Test di Klinik Kesihatan di Negeri Sembilan. Program ni bantu pasangan muda untuk makan makanan seimbang dan jalani gaya hidup sihat dengan bersenam. Selain itu mengelakkan penyakit diabetes bagi bakal ibu muda. Specialnya program ni, sebaik sahaja selesai program akan terima kad Jom Mama dan boleh guna kad Jom Mama untuk fast lane ketika montly antenatal checkup di Klinik Kesihatan. Kiranya, tak perlulah beratur tunggu nama giliran yang lama untuk checkup, InsyAllah cepat prosesnya. 

Tapi kena faham, Klinik Kerajaan ramai orangnya. Biasanya saya kalau datang checkup, pukul 7.30 dah datang even klinik buka pukul 8 pagi. Semata mata nak booking no giliran awal. hehe.

Okay, berbalik kepada program jom mama. Saya under Missy Kak Ain dari Klinik Kesihatan Senawang.












our 2nd last appointment before habis Program Jom Mama.





 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
8 April 2017 (Sabtu)

Masa ni saya at 9 weeks pregnant! Confident level tinggi nak scan perut. hehe. Biasalah anak pertama memang excited sikit. Saya scan di Klinik Madiha, Senawang. Normal scan 2D at RM60. Sebabkan baby kecil lagi memang tak dapat tengok apa sangat. cukup sekadar dapat dengar degupan jantung baby.



my baby at 9 weeks!







8 May 2017 (Rabu) - Buka buku Pink di Klinik Kesihatan Senawang


My last appointment from Program Jom Mama. Masa ni saya kena puasa dari malam sebelumnya sebab paginya tu saya kena ambil ujian darah untuk akhiri program Jom Mama ni. Alhamdulillah. Lepas je habis program terus directly Nurse bawa buka buku pink. Masa ni saya tak tahu procedure atau steps pembukaan buku pink. Sebab saya tak diberi ambil nombor giliran. Terus masuk bilik untuk check nadi dan berat. 

Dengar cerita untuk buka buku pink sepatutnya kena daftar dahulu and tunjuk kad nikah. Tapi in my case tak perlu sebab nurse dah kenal dari sebelum kahwin. hehe





Masa isi borang ni kena letak butiran diri dan suami. Nama, IC, alamat, pekerjaan dan jawatan. Nurse akan isi 2 buku pink. Satu untuk simpanan klinik dan satu lagi untuk simpanan kita. Masa saya dapat buku pink ni, RISAU buku pink kotor. Sebab saya tengok most pregnant woman di Klinik masa tu bawa buku pink yang dah penuh dengan kertas and rabak sedikit. hehe. Maka buku pink saya, saya dah siap siap balut dengan plastik lepas dapat. Bukan plastik yang tak boleh buku tu. Instant cover plastic yang boleh buka senang senang tu.


Selepas buka buku pink, saya kena beratur untuk ambil darah dan kemudian buat ujian air kencing. Alhamdulillah bebas dari diabetes dan nasib baik bacaan HGB saya cantik 12.6. Mungkin sebab sehari sebelum buka buku pink saya makan banyak kerang. hehe.




 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

15 May 2017 (Isnin)


Hari saya kena puasa malam sebelumnya juga untuk MGTT (minum air gula). Banyak dengar pengalaman orang air gula tak sedap. akan termuntah akan rasa pening. Masa ni mak mertua saya dah remind minum sekali teguk. Jangan fikir sangat masa minum.

Appointment saya pukul 8 pagi, macam biasa. saya datang awal untuk minum air gula.

mula mula sekali nurse akan ambil darah sebelum minum air gula.

Sedulang air gula untuk para ibu mengandung. each a cup.

Saya antara yang pertama kena minum air gula. Hehe. masa tu istighfar banyak banyak. Selepas minum air gula kena tunggu 2 jam sebelum darah diambil lagi sekali. Tujuan minum air gula ni untuk ketahui atau detect jika kita ada diabetes/kencing manis. Ibu mengandung memang terdedah dengan kencing manis jika ada family history yang ada penyakit kencing manis. 

ALHAMDULILLAH saya clear dari kencing manis. Bacaan darah okay tak ada masalah. Lepas je ambil darah, terus saya melantak nasi lemak 2 bungkus sebab lapar sangat. hehe







 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
10/6/2017 (Sabtu)

Masa 17 weeks and 6 days saya cuba scan pregnancy baby di Poliklinik Raudhah Raisha di Kemuning, Senawang. Kakak saya recommend disini sebab facilities klinik baru dan cantik. Plus tak ramai lagi orang tahu tentang klinik ni. TAPI MEMANG BETUL KLINIK DIA CANTIK. 

Masa consult dengan doctor, di tempat duduk husband ada TV LCD besar untuk husband turut sama tengok doctor scan perut 2D. sangat selesa dan doctor perempuan juga sangat mesra. Masa nilah saya tahu jantina baby secara tak sengaja sebab doctor dah terbagitahu dulu tanpa dipinta.

Husband sebenarnya sebolehnya nak suprise kononnya. hehe. Tak berjaya.

here's my baby!


Masa scan ni baby dah sempurna sedikit maka boleh tengok baby tendang tendang dan boleh tengok baby mengunyah nguyah siap genggam tangan semua.😊😊😊😊


Charge untuk scan 2D ni poliklinik ini ialah RM55. Charge meningkat sedikit dari tahun sebelumnya. Tak silap saya masa promo harga scan 2D dalam lingkungan RM45-50.



me and hubs. walaupun husband tak gemuk and buncit pun sebenarnya.









Pengalaman masa saya pregnant ni, orang sekeliling selalu tanya mana perut? Sebab perut saya memang tak visible until now when I'm 6months++ pregnant. hehe. Mungkin salah satu sebabnya saya suka pakai baju besar besar and tudung labuh sampai orang tak perasan saya pregnant. 😞

10/7/2017 (Isnin), macam biasa saya akan ikut suami ke tempat kerja jika weekend balik hometown di Seremban. Bila husband masuk office, saya pergi jalan di Ikea Cheras atau My Town mall di sebelahnya. hehe





Sempat survey nama baby tapi tak decide lagi.



 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

15/7/2017 (Sabtu)

After 2 kali reschedule appointment antenatal checkup akhirnya dapat juga follow up antenatal checkup di Hospital Tunku Azizah. Sebenarnya saya buka buku pink di Klinik Kesihatan Senawang, Seremban. Tapi disebabkan saya dan suami menetap di Puchong ada kesukaran untuk antenatal checkup. Lagi lagi bila husband kerja dan saya pula ada masalah transportation. Maka terus decide tukar tempat checkup.

Alhamdulillah company husband ada sediakan benefit untuk saya. hehe. Saya juga dapat didaftarkan bawah PM Care. maka kos antenatal checkup di hospital swasta akan ditanggung oleh company husband.

My 1st checkup there bersama dengan Doctor Kamaliah. Suka sebab sangat soft spoken dan banyak bagi nasihat :)

Heard some very good positive review about the hospital. paling banyak recommendation adalah Doctor Zanariah though saya tak sempat jumpa beliau sebab saya reschedule appointment. 





Vitamin with folid acids from the hospitals.

Selama ni saya beli folid acids sendiri je di Farmasi sebab selalu lupa minta folid acids semasa checkup di Klinik Kesihatan.

Remember preggie mom, dont ever forget to take your pills!








 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
2/8/2017 (Rabu)

Hadiah from Kak Shira from Thelilycious. 2 swaddles for my babies! Alhamdulillah. Thank you kak, semoga dimurahkan rezeki.

Excited masa dapat parcel. ALHAMDULILLAH.






 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
6/8/2017 (Ahad)

My 2nd appointment for detailed scan at Tunku Azizah Women and Children Hospital, Wangsa Maju at 25 weeks and 6 days pregnant. 

Detailed scan ni recommended untuk detect ketidaknormalan baby seawal mungkin. Doctor boleh recommend best solution jika dapat detect masalah pada baby awal awal.It is recommended to do the detail scan masa baby masih kecil lagi at 18-20 weeks atau before 28 weeks. 


Chubby cheeks.



Detailed scan ni yang bagusnya memang spend 30 minutes or more untuk check jantung baby, injap darah, jari kaki tangan, bibir dan basically kenormalan baby (tulang belakang/buah pinggang/perut).

Masa ni juga boleh double confirm the gender. Saya dah diconfirmkan gender sebanyak 3 kali oleh 3 different doctor walaupun saya dan husband mula mula nak suprise. Hehe

Yang bestnya, doctor akan kira sekali air ketuban kita. Basically mine is low. 12.5 yang sebaiknya kena 14 supaya baby lebih selesa. Punca doctor kata mungkin sebab saya stress dan tak taat pada suami (amboi suami ambil kredit kata saya suka layan cerita rumah tangga dekat KRT sampai emosi). Kiranya emosi ibu juga main peranan. Ibu sedih, baby sedih juga okay! Haha

Sayangnya semalam baby tak nak kerjasama untuk bergambar. Puas doctor nak tengok muka, baby tetap berpaling and cium rahim (sayang ibu lebih ke ni? Hee). Akhir sekali doctor cuba lagi, baby terus tutup sebelah muka dengan tapak tangan. Hahahaha😂

Memang ikut perangai suami! Tak suka bergambar 😂 alahai sayang.

Dapat tengok baby menguap and genggam tangan siap silang kaki masa detailed scan ni.

Alhamdulillah baby tembam macam ibu dia. 😌 mungkin sebab ibu dia kuat makan.





Currently, saya terpaksa pakai kasut size 43 (kasut lelaki). Sebab kasut perempuan dah tak muat untuk saya. Sebelum pregnant kasut saya size 9/10. after pregnant terus tak muat dah. HAHA

Husband puas bagi nasihat jangan pakai kasut ketat dah. korbankan cantik untuk keselesaan.
Maka here we go. Kasut beli di Longwan semalam at RM13.90. 






Kalau tanya berkenaan baby kicks and movement saya tak rasa until dah at my 20 weeks++. Rasa macam ombak gitu dekat perut. Serious saya macam sangat tak faham bila orang cakap baby kicks masa saya awal pregnant sebab tak pernah rasa. hehe. Baby saya aktif bila bunyi bising di persekitaran. Mungkin kacau dia tidur kot.




I am now in my 2nd trimester of pregnancy.
3 months to go to meet our baby.


Doakan saya agar perjalanan pregnancy saya okay dan semoga saya dapat bersalin normal dengan mudah tanpa sebarang komplikasi. Amin :)





0 comments :