August 03, 2017

Pengalaman 1st Trimester - Our 1st Baby

Alhamdulillah baru ada kelapangan masa nak berblogging. Lama sangat rasanya malas nak update. Dulu anggap blog ni macam diari terbuka. Sampai mengumpat orang pun dekat sini. Astafirullahhalazimmmmm.

ALHAMDULILLAH saya dah positif pregnant since Februari 2017. hehe.

Banyak dah pregnancy test kit terbazir sebab false alarm. Period lewat sikit jaa CONFIDENT PREGNANT. Masa mula tahu pregnant tu, adalah simptom simpton-nya yang rasa mostly first time mom akan rasa.


Related image


Antara simptom-simptom atau petanda anda mengandung ialah (berdasarkan pengalaman saya) :


  • Sore breast 
      • Setiap kali period memang akan rasa camni. tapi ni juga salah satu simptomnya. Sensitif tiba tiba.
  • Kerap ke tandas
    • Ini adalah salah satu petanda anda pregnant! hehe. Sebab rahim akan mula membesar dan menekan pundi kencing.
  • Rasa mual mual atau hilang selera makan
    • Ini tak semua orang akan alami. Sebab saya tak ada langsung muntah muntah teruk. Hanya sekali termuntah sebab makan laksa johor. baby terkejut barangkali. hehe.
  • Asyik/kerap terkentut
    • Dulu saya ingat saya terlebih makan halia kenapalah asyik terkentut kentut. Sampai kena ambil wuduk berkali-kali. HAHA. Puncanyalah ialah kerana usus kita menegang dan perut kembung. Sebab tu orang tua tua pesan kurangkan makanan berangin masa pregnant ni. Kalau ditahan tahan kesian baby kena dengar bunyi dalam perut. hehe
  • Suka tidur
    • Saya tak pasti kenapa sejak saya mengandung memang saya suka tidur. Pantang nampak bantal. Tapi ini masa awal trimester sahaja. masuk trimester ke-2, AKAN ADA MASALAH NAK TIDUR. hehe
  • Kerap berpeluh
    • Ini memang ketara untuk saya yang suka tidur berselebung. Sejak dah masuk 2nd trimester memang dah tak suka pakai selimut. Sebab kuat berpeluh and rasa bahang. Sebenarnya sebab jantung kita pump 2 kali ganda banyak darah untuk ibu dan baby. Sebab tu kita rasa macam baru lepas lari marathon. hehe
  • Sembelit
    • Tahu tak kebanyakan ibu mengandung akan alami masalah sembelit atau susah buang air besar? Ini adalah normal sama sekali. Tips saya, makan banyak banyak buah tembikai. hehe. Selain menambah air ketuban ianya juga bagus untuk sistem penghadaman.

Itu sahajalah simptom yang saya masih ingat saya alami. hehe. Next time saya cerita tentang antenatal checkup di Swasta.

Saya dah buka buku pink di Klinik Kesihatan. Mudah je prosesnya. Tapi follow up antenatal checkup saya buat di Hospital Tunku Azizah (Women and Children Hospital) sebab dapat banyak positive review disana PLUS boleh buat checkup on weekend.


take care dan salam sayang :)


0 comments :